Monday, October 8, 2012

PENDAFTARAN SESI KE-2 DIBUKA



Setelah berlangsung Sesi 1 (Sesi Perintis) CakapDotCom pada 7 Oktober 2012 lalu, kini pendaftaran dibuka semula untuk Sesi ke-2.

Baca tentang Sesi Perintis di sini.



Program Cakap DotCom (Sesi ke-2)

Jangan lepaskan peluang ini, DAFTARLAH SEGERA. 

Penyertaan adalah terhad kepada 25 orang sahaja.

Program CakapDotCom sesi ke-2, perkongsian ilmu bersama FASILITATOR ELIT yang sebilangannya mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang komunikasi massa. Curahan ilmu dalam sesi 3 jam, berpakaian santai, di lokasi terbuka, hijau dan aman damai di hujung minggu. Penuh dengan kejutan! Dijamin tidak membosankan. Kaedah bercakap dengan lebih yakin, formula mengawal audien dan cara menghasilkan persembahan terbaik dikhalayak ramai bakal dikongsikan.

Fasilitator ELIT Jemputan : 

Mazidul Akmal Sidik, Hj Omar Abdullah & Zakiah Anas

Tarikh : 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa : 9 pagi - 12 tengahari
Lokasi : Kota Damansara, Selangor (Lokasi terperinci akan kami susulkan dalam masa terdekat)

** Untuk mendaftar dan maklumat lanjut, boleh hubungi saya, Azmil di talian 013-6366673 atau hantarkan emel ke 'cakapdotcom@gmail.com'


Kepada menggunakan 'hunting line', hantarkan SMS kepada saya agar dapat saya membuat panggilan semula kepada anda. Sekali lagi, terima kasih atas sokongan anda semua... Azmil.
----------------------------------

SESI 2 CAKAPDOTCOM TELAHPUN SELESAI DILAKSANAKAN - SILA BACA DISINI

4 comments:

  1. Assalamualaikum, saya sgt berkenan dgn program sebegini. saya sokong 100% program ini!
    Sila rancang utk buat di Pulau Pinang. :)

    ReplyDelete
  2. Salam Al-Khattab, terima kasih atas sokongan anda. Ada jugak beberapa permintaan kami terima dari orang utara... Insyallah, satu hari kami akan ke sana!!

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum WBT. Suatu program yang yang patut diteruskan. Insya ALLAH, saya akan hubungi saudara dalam masa yang terdekat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Terima kasih atas sokongan anda! :)

      Delete