Saturday, November 10, 2012

CAKAPDOTCOM BERSAMA CIDB

Sebelum ini CakapDotCom menganjurkan dua sesi menggilap kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai. 

Pada 10 November, fasilitator ELIT CakapDotCom berada di Kuantan, Pahang, berkongsi pengalaman pengucapan awam mereka bersama kakitangan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB.

Terima kasih kepada pengarah CIDB Kuantan, Suhaimi Mansor dibantu oleh pengurus, Siti Nor Sarah Mohd Rasid kerana sudi mengundang CakapDotCom.


Selain daripada mendengar penerangan disampaikan oleh Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Mazidul Akmal Sidik, 5 kakitangan syarikat terbabit menjalani ujian getaran.


Pembaca boleh mencuba sendiri kaedah menguji kadar gemuruh ini. Pegang sehelai kertas bersaiz A4 sambil berdiri di hadapan audien. Perhatikan samada kertas itu bergoyang sedikit atau bergerak bak bumi dipijak dilanda gempa.

Berikut antara gambar saya rakamkan sebelum sesi bermula.


Kira-kira jam 9 pagi, tirai majlis ilmu dibuka oleh pengacara, Mohd Ridzuan Hashim.


Ridzuan kemudian mempersilakan Mohamad Roslan Mokhtar untuk membacakan doa.


... diikuti ucapan ringkas oleh Suhaimi.


"Saya tertarik apabila membaca blog Mazidul dan mendapati fasilitator CakapDotCom berkongsi pengalaman mereka dalam bidang komunikasi di tepi kolam renang, Konsep itu unik dan santai, peserta tidak perlu memakai baju kemeja bertali leher," kata Suhaimi.

Seperti dijadualkan, Omar Abdullah memulakan sesi dengan tajuk 'komunikasi berkesan'. 


Omar, tidak pernah lokek dengan ilmu tersemat di dada dan beliau insan seni gemar berkongsi pengetahuan dalam keadaan bersahaja.

Tidak hairan jika peserta tidak kering gusi mendengar fakta dipersembahkan oleh anak kelahiran Kedah itu.


"Bagi sebilangan manusia, kebolehan bercakap, mungkin lahir secara semulajadi tetapi kemahiran berkomunikasi boleh dipelajari dan digilap," ujar Omar.

Untuk rekod, bilangan peserta sesi bersama fasilitator ELIT CakapDotCom dihadkan kepada kumpulan kecil, kurang daripada 25 orang pada satu masa. 

Dalam senario sebegitu, peserta diperuntukkan LEBIH  ruang untuk mereka berinteraksi bersama fasilitator bertugas. 

"Buat sekian lama kami bertiga menimba ilmu dalam bidang komunikasi di persada penyiaran tanahair dan sudah tiba masanya pengalaman diraih dikongsikan bersama orang ramai termasuk kakitangan syarikat swasta dan kerajaan," ujar saya kepada Suhaimi.


Perhatikan aksi hebat ditampilkan oleh Suhaimi ketika merakamkan reaksi anak buah beliau berinteraksi bersama Omar.


Kami kemudian disajikan dengan sarapan pagi.


Zakiah Anas kemudian menghuraikan tajuk 'penampilan dan keselesaan' bagi pengucap awam.


Sahabat kami, juga fasilitator ELIT CakapDotCom, Zakiah, berdarah manis dan tidak lekang dengan senyuman. Zakiah, InsyaAllah bakal melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya pada 12 Disember 2012.

"Hendak satu pose istimewa," pinta saya sewaktu kami makan tengahari bersama.

Permintaan itu ditunaikan oleh sahabat, saya kenali sejak lebih 17 tahun lalu itu.


Biarlah kakitangan CakapDotCom antara paling awal mengucapkan tahniah buat mereka berdua.


Pada sesi petang, Mazidul mengupas tajuk 'menangani gemuruh menggapai keyakinan' diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz, berkongsi petua dan panduan berhubung 'khidmat pelanggan'.


Sijill ditandatangani secara langsung di lokasi kemudian disampaikan kepada semua peserta.


Terima kasih kepada semua kakitangan CIDB Kuantan, Pahang kerana sudi bersama kami di sepanjang 4 sesi.


Hubungi Azmil di talian 013 6366673 jika berminat mengikuti sesi mengasah kemahiran pengucapan awam bersama fasilitator ELIT kami.

Tolong like Page ini, boleh?

Terima kasih.

Monday, November 5, 2012

CAKAPDOTCOM TERUS MARA DAN MAKLUMBALAS DIKONGSI PESERTA

CakapDotCom kini masuk bulan kedua sejak kelahirannya dan alhamdulillah, setakat ini sambutan diterima cukup hebat.



Selain menganjurkan program-program bulanan, kami turut menerima jemputan daripada organisasi-organisasi swasta dan kerajaan, mengundang CakapDotCom berkongsi ilmu dan pengalaman perucapan dengan para pekerja mereka. Terdekat ini, kami akan berlepas ke Kuantan pada hujung minggu ini  untuk memenuhi undangan daripada CIDB di sana.

Kalau tiada aral melintang, nantikan liputan program ini pada minggu hadapan.

Bagi undangan-undangan lain, kami akan cuba aturkan moga dapat kami penuhi kesemua jemputan itu. Jelas, organisasi-organisasi ini sedar peri pentingnya teknik komunikasi berkesan dalam apa jua bidang, tidak semestinya perucapan itu di atas pentas sahaja.

Tidak kurang juga pelawaan kami terima daripada individu-individu dari luar Lembah Klang, bertanya bila agaknya CakapDotCom akan berkunjung ke negeri-negeri lain. Buat masa ini, kami belum ada rancangan mengadakan program di luar Lembah Klang, melainkan program-program EDISI KHAS, khusus untuk memenuhi undangan sahaja. Tapi siapa tahu, mungkin satu hari kami akan aturkan program jelajah ke seluruh Malaysia. Insyallah.

Para peserta program CakapDotCom datang dari pelbagai latarbelakang. Selain memastikan program berjalan dengan lancar, saya sering mengambil peluang berinteraksi dengan para peserta untuk mendapatkan maklumbalas mereka. Berikut saya kongsikan beberapa maklumbalas saya rasakan menarik.

Sesi Perintis pada 7 Oktober 2012

Dalam program Sesi Perintis pada 7 Oktober lepas, saya sempat berbual dengan beberapa orang perserta. Salah seorangnya Heni, seorang pelatih berpangkat penyelia di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya. Beliau memang biasa berucap dalam suasana mengajar di kelas-kelas latihan berkaitan produk dan perkhidmatan ditawarkan syarikat. Namun, Heni mengakui tidak pernah mengikuti sebarang program formal untuk menggilap teknik latihannya. Kemahiran beliau miliki sekarang diraih dari pengalaman sendiri, menjangkau belasan tahun. Tambahannya pula, bahasa rasmi digunakan dalam syarikatnya adalah Bahasa Inggeris. Maka, apabila diminta menyampaikan latihan dalam Bahasa Malaysia, beliau sering tersasul dan tersangkut. 

Bagi Heni, menghadiri program CakapDotCom tempoh hari adalah pendedahan cukup menarik. Dari program itu, beliau dapat mengenalpasti banyak ruang beliau boleh menambah-baikkan teknik latihan beliau. Di samping itu, beliau kini lebih selesa menyampaikan latihan dalam Bahasa Malaysia berbanding sebelumnya, walaupun masih lagi tersasul sekali-sekala.

Seorang lagi peserta Sesi Perintis pada 7 Oktober lalu adalah Amelia, seorang pengusaha Homestay di utara tanahair. Beliau turut menawarkan khidmat fotografi, biasanya foto bayi. Kata Amelia, kehadiran beliau dalam Sesi Perintis tempoh hari sebenarnya terdorong dari kekaguman beliau dengan kehebatan Fasilitator-fasilitator Elit CakapDotCom. Fasilitator-fasilitator Elit ini tidak pernah mengecewakannya setiap kali mereka muncul di kaca TV. Maka peluang berjumpa dan berinteraksi dengan mereka adalah peluang keemasan tidak mungkin beliau lepaskan. Tambahnya lagi, selepas menghadiri  Sesi Perintis itu, beliau menyedari beliau telah memperolehi lebih dari apa beliau jangkakan, termasuk ilmu-ilmu berharga, pasti dapat beliau gunakan dalam urusan seharian.

"Memang tak rugi!!!" kata Amelia, ketika saya berbual dengannya selepas program itu.

Sesi 2 CakapDotCom pada 27 Oktober 2012

Dalam program Sesi 2 CakapDotCom pada 27 Oktober lalu pula, saya sempat berbual dengan Deril. Tujuan beliau menyertai program CakapDotCom tempoh hari berkaitan langsung dengan kerjayanya dalam bidang Jualan dan Pemasaran, di samping minat mendalamnya dalam bidang perucapan. Kata Deril, antara perkara menarik baginya dalam program CakapDotCom adalah konsepnya santai dan perkongsian ilmu berterusan daripada Fasilitator Elit sepanjang tempoh program, termasuk waktu rehat. Beliau kongsikan, dalam program-program lain pernah diikutinya sebelum ini, penceramah sering terasing dari para peserta, terutamanya waktu rehat. Dan interaksi pula begitu terbatas oleh protokol. Katanya, CakapDotCom telah berjaya menawarkan suasana berbeza.

Sebaik selesai Sesi 2, Deril adalah orang pertama mendaftar untuk program seterusnya bertajuk "Persediaan Menghadapi Ujibakat" pada 18 November ini.


Program seterusnya...
Baru-baru ini, saya berbual dengan seorang pemanggil bernama Din. Beliau menghubungi saya bertanyakan tentang program "Persediaan Menghadapi Ujibakat" pada 18 November ini. Beliau memberitahu beliau adalah seorang eksekutif kanan di sebuah institusi kewangan negara. Beliau sebenarnya tidak pernah berhajat untuk menjadi pengacara atau pengucap awam. Namun, beliau cukup tertarik untuk belajar teknik penyampaian berkesan dalam program dianjurkan CakapDotCom.

Jika berdasarkan kepada kelayakan akademik dan pengalaman, memang sudah cukup untuk beliau mara dalam kerjaya dan seringkali peluang itu muncul. Namun katanya, tidak banyak dapat dibanggakan dengan perkembangan kerjaya beliau setakat ini. Antara kelemahan ketara beliau ialah semasa membuat pembentangan atau semasa melalui proses temuduga. Keyakinan diri bagaikan hilang sepenuhnya dan pertuturan beliau akan jadi tidak keruan.

Kekesalan kadang-kala meruntun hatinya melihat peluang-peluang itu berlalu.

Saya terangkan kepada Din, program "Persediaan Menghadapi Ujibakat" nanti memang akan menjurus kepada bagaimana membuat persediaan sebelum seseorang itu mencuba nasib dalam ujibakat menjadi pengacara. Namun, pengisian program nanti akan mencakupi pelbagai aspek perucapan, termasuk teknik penyampaian berkesan. Din terus mendaftar untuk program ini.

Banyak lagi maklumbalas menarik saya terima. Mungkin di kesempatan lain, saya akan kongsikan.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai program CakapDotCom seterusnya....

Bersama Fasilitator Elit 
Mazidul Akmal Sidik, Zakiah Anas dan Hj Omar Abdullah

di program
"Persediaan Menghadapi Ujibakat" 

Tarikh : 18 November 2012  (DITUNDA)
Masa : 9 pagi - 12:30 tengahari
Tempat : Kota Damansara

MAKLUMAN!

ATAS SEBAB-SEBAB TIDAK DAPAT KAMI ELAKKAN, PROGRAM INI TERPAKSA KAMI TUNDA KE TARIKH LAIN. NANTIKAN PENGUMUMANNYA DALAM ENTRI AKAN DATANG.

KEPADA SUDAH MEMBUAT BAYARAN YURAN PENYERTAAN, JANGAN BIMBANG! YURAN PENYERTAAN AKAN DIPULANGKAN SEPENUHNYA DENGAN KADAR SEGERA.

KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN.

Sebarang soalan boleh diajukan kepada saya, Azmil di 013-6366673 atau hantarkan emel ke 'cakapdotcom@gmail.com'


Friday, November 2, 2012

RAHSIA UNTUK JADI PENGACARA HEBAT!!


Zakiah Anas  |  Hj Omar Abdullah  |  Mazidul Akmal Sidik

Pengacaraan adalah salah satu cabang perucapan awam begitu digeruni oleh kebanyakan orang. Lebih rela rasanya kita merentas lautan bergelora atau melakukan terjunan bunji, daripada bercakap di hadapan kemera ditonton jutaan manusia.

Namun, seringkali kita lihat pengacara di TV cukup tenang dan bersemangat mengendalikan program. Mereka mampu mengupas objektif program dengan terang dan jelas, melakukan temuramah dengan lontaran soalan-soalan bernas, menghidupkan suasana program dengan jenaka-jenaka spontan, menghibakan perasaan dengan paparan-paparan sedih dan pergerakan mereka juga kemas teratur sepanjang program.

Antara pengacara dimaksudkan adalah Mazidul Akmal Sidik, Zakiah Anas dan Hj Omar Abdullah. Nama mereka sudah cukup sinonim dengan pengacaraan, baik di kaca TV maupun di majlis-majlis. Pengalaman mereka menjangkau belasan, malah puluhan tahun  dalam komunikasi massa. 

Barangkali pernah terdetik dalam hati kita "Kalaulah aku boleh jadi sehebat mereka... "

Anda tidak perlu menunggu lagi!!

November ini mereka bergabung lagi di CakapDotCom untuk berkongsi ilmu dan pengalaman itu dengan sesiapa berminat. Jangan lepaskan peluang keemasan untuk bersama mereka mengcungkil rahsia pengacaraan serta dapatkan tip-tip berharga sebagai bekal menghadapi ujibakat serta pengendalian program  dan majlis.

Baca juga maklumbalas peserta - klik di sini.

Bersama Fasilitator Elit 
Mazidul Akmal Sidik, Zakiah Anas dan Hj Omar Abdullah

di program
"Persediaan Menghadapi Ujibakat" 

Tarikh : 18 November 2012 (DITUNDA)
Masa : 9 pagi - 12:30 tengahari
Tempat : Kota Damansara

Sebarang soalan, boleh diajukan kepada saya, Azmil di 013-6366673 atau hantarkan emel ke 'cakapdotcom@gmail.com'.

MAKLUMAN!
ATAS SEBAB-SEBAB TIDAK DAPAT KAMI ELAKKAN, PROGRAM INI TERPAKSA KAMI TUNDA KE TARIKH LAIN. NANTIKAN PENGUMUMANNYA DALAM ENTRI AKAN DATANG.

KEPADA SUDAH MEMBUAT BAYARAN YURAN PENYERTAAN, JANGAN BIMBANG!
YURAN PENYERTAAN AKAN DIPULANGKAN SEPENUHNYA DENGAN KADAR SEGERA.

KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN.