Thursday, October 18, 2012

BERCITA-CITA MENJADI PENGACARA TELEVISYEN? CAKAPDOTCOM BAKAL MEMPERSIAPKAN ANDA

Bagi anda pernah menghadiri sesi ujibakat sebagai pengacara televisyen, pastinya banyak kenangan terpahat di minda.

Bagaimanakah pengalaman ditempuh?  

Jiwa gementar bak gempa bumi melanda?
Lidah tiba-tiba berasa kelu tidak terkata?
Rasa hendak pengsan?
Berpeluh sakan walaupun berada di dalam bilik berhawa dingin?
Terkesima dengan kritikan mematikan cita-cita anda?

Atau adakah anda selamba dan tenang di ujibakat itu? 

Barangkali sebilangan anda belum berpeluang menghadiri ujibakat tetapi dalam diam menaruh minat untuk menjadi pengacara televisyen?

Apakah penghalang utama bagi anda meneruskan minat itu?

CakapDotCom berminat mendengar pengalaman anda, jika sudi dikongsikan.

Bagi Fasilitator ELIT Zakiah Anas, Omar Abdullah, Kamal Affandi Hashim dan Mazidul Akmal Sidik, pengacaraan sudah menjadi sebahagian daripada darah daging kehidupan mereka. Berbekalkan pengalaman puluhan tahun dalam bidang komunikasi massa, pastinya banyak perkara berupaya mereka kongsikan sebagai panduan untuk sesiapa ingin mengikuti jejak langkah mereka.

CakapDotCom bakal menyediakan ruang dan peluang untuk mempersiapkan anda bagi menyertai sesi ujibakat di masa akan datang.

Nantikan hebahan berhubung sesi ISTIMEWA bakal dianjurkan. 


UNTUK PENDAFTARAN SILA BACA DI SINI. 

Monday, October 15, 2012

MAKLUMAN : Penampilan Khas Kamal Affandi Hashim


MAKLUMAN : 
KAMAL AFFANDI HASHIM telah mengesahkan beliau akan membuat penampilan khas di Program CakapDotCom Sesi ke-2 pada 21 Oktober nanti -- Ini kehendak beliau sendiri. 

Kami bersyukur dan mengalu-alukan kemunculan semula Kamal Affandi selepas beliau menjalani pembedahan di kepala untuk penyakit AVM dihidapinya. Sememangnya beliau amat dikenali di pentas perucapan, terutamanya dalam bidang analisis jenayah. Kesungguhan dan ketabahan beliau amat dikagumi.

Di CakapDotCom, kami sentiasa berdoa agar beliau diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti.

Kamal Affandi akan terus menjadi Fasilitator ELIT di CakapDotCom, bersama Fasilitator ELIT lain, Mazidul Akmal, Hj Omar Abdullah dan Zakiah Anas.

Temui mereka di CakapDotCom Sesi ke-2 pada 21 Oktober ini. 


Hubungi saya, Azmil di 013-6366673 untuk mendaftar.

Sunday, October 14, 2012

SESI 1 DI YOU TUBE .. JUMPA NANTI DI SESI 2!!!

Saksikan video ini....

Dirakamkan sewaktu Sesi 1 (Perintis) pada 7 Oktober 2012, di Casa Indah 2, Kota Damansara...

Seronok!! 



Kepada mereka sudah mendaftar untuk menyertai Sesi 2 pada 21 Oktober ini - JUMPA DI SANA!!!


Kepada mereka belum mendaftar, masih ada ruang dan peluang untuk menyertai Sesi 2 ini - hubungi Azmil segera!

Wednesday, October 10, 2012

MENGAPAKAH PERLU MEMALUKAN DIRI SENDIRI?


Mengapakah perlu memalukan diri sendiri?

Sertai sesi ke-2 CakapDotCom pada 21 Oktober! Kami menggilap kemahiran pengucapan awam mereka berminat.

Hubungi Azmil di talian 013 63 666 73 segera.

PROFIL TULANG BELAKANG CAKAPDOTCOM


Nama Syarikat           : CakapDotCom
No Syarikat                 : 002158259-K
Bidang                         : Latihan Komunikasi
Pemilikan                    : 100% Bumiputra
No Akaun                    : 512978005285 (Maybank)
Telefon                        : 013-6366673
Alamat Emel               : cakapdotcom@gmail.com
Alamat Blog                : www.cakapdotkom.blogspot.com


PROFIL PENGARAH URUSAN


Haji Azmil Abdul Aziz
Pengarah Urusan CakapDotCom

Haji Azmil Abdul Aziz berasal dari Perak dan kini menetap di Selangor. Berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Cambridge Management Institute, CMI dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Beliau juga Pengurus Jabatan di sebuah syarikat multi-nasional swasta berpengkalan di Amerika Syarikat.

Haji Azmil mula menceburi bidang perucapan umum sejak di bangku sekolah menengah dan pernah dinobatkan sebagai Juara Pidato Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, beliau bergiat aktif dalam industri perucapan termasuk menganjurkan pelbagai pertandingan debat dan ceramah motivasi di peringkat universiti.

Berikutan kemahiran komunikasi dimiliki, beliau seringkali diundang untuk menyampaikan ceramah kerjaya di beberapa universiti tempatan serta menjadi penceramah jemputan Program Khidmat Negara. Haji Azmil turut memenuhi undangan sebagai juri pertandingan debat dan menjadi penceramah jemputan untuk program kepimpinan. Beliau kini diberikan kepercayaan untuk menguruskan syarikat CakapDotCom.  


PROFIL FASILITOR ELIT


Mazidul Akmal Sidik
Pengasas dan Fasilitator Elit CakapDotCom

Mazidul Akmal Sidik, 45 tahun, anak kelahiran Tanjong Malim, Perak dan lulusan Universiti Teknologi Mara, UiTM dalam bidang Sains Komputer. Mula berjinak-jinak dengan bidang pengucapan awam sejak berusia 17 tahun dan kemudian bergiat secara aktif di arena berdebatan sewaktu menuntut di institusi pegajian tinggi. Mazidul kini bertugas sebagai penerbit eksekutif dan wartawan penyiaran di Media Prima Berhad.

Sebelum ini, beliau berpengalaman mengacarakan pelbagai rancangan televisyen dipancarkan secara langsung di TV3. Antara program pernah dikendalikan oleh Mazidul, Malaysia Hari ini, Bincang Petang, Hujah, 360 dan 999. Selain daripada itu, Mazidul juga kerap diundang sebagai pengacara serta penceramah di majlis anjuran syarikat korporat dan individu.

Prinsip kerjaya ayah kepada dua anak ini, 'If you want to be dominant, you had to be different',  jika ingin menjadi dominan, kita harus berfikiran dan bertindak secara unik.

Berlandaskan kepada prinsip itu Mazidul kemudian mengasaskan CakapDotCom untuk berkongsi pengalaman hitam putih di pentas pengucapan awam bersama mereka berminat.



Zakiah Anas
Fasilitator ELIT CakapDotCom

Zakiah Anas memulakan kerjaya beliau sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1991. Tiga tahun kemudian beliau diberikan kepercayaan menjadi penyampai berita, pengacara program siaran langsung dan dokumentari di stesen TV swasta terunggul itu.

Pengalaman selama 21 tahun di bidang penyiaran, menobatkan Zakiah antara wartawan dan pengacara televisyen disegani. Antara rancangan televisyen pernah dikendalikannya, program bual bicara, Bincang Petang,  Malaysia Hari Ini, Majalah 3, 999 dan Bersamamu.

Selain daripada itu Zakiah juga aktif sebagai juruacara majlis, mengendalikan acara  rasmi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Antara pengalaman sukar dilupakan, menjadi pengacara majlis 'Wedding of the Year' Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Kini Zakiah turut terbabit dalam program CakapDotCom sebagai Fasilitator ELIT untuk berkongsi pengalaman dan ilmu perucapannya awam bersama peserta.



 Hj Omar Abdullah
Fasilitator ELIT CakapDotCom

Haji Omar Abdullah, anak kelahiran Kedah dan kini menetap di Selangor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara, UiTM. Beliau turut bergiat dalam bidang perfileman, pementasan drama dan penyiaran radio serta televisyen. Haji Omar pernah dinobatkan sebagai Pengarah dan Pelakon Berpotensi menerusi drama pentas, Raja Pengemis di Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Drama terbabit menjadi Johan pada tahun 1976.

Haji Omar memulakan kerjaya beliau sebagai pelakon dan guru Rancangan Bahasa Malaysia Radio Pendidikan pada tahun 1972. Beliau kemudian meneruskan kerjaya di pentas penyiaran, menjadi juruhebah di Rangkaian Nasional Radio Malaysia, RTM dan pembantu filem di Filem Negara Malaysia. Pada tahun 1995, beliau menyertai Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dan berkhidmat sebagai wartawan penyiaran, pengacara dan penerbit.

Kini Hj Omar berkongsi pengalaman dan ilmu beliau sebagai fasilitator ELIT CakapDotCom.

Kami juga dibantu oleh ramai lagi fasilitator ELIT lain untuk menzahirkan misi berkongsi pengalaman menggilap kemahiran pengucapan awam mereka berminat.

Tuesday, October 9, 2012

TANYAKAN PADA CAKAPDOTCOM: APAKAH CABARAN SEBAGAI PENGUCAP AWAM?

Soalan: 

Di CakapDotCom, kami sering ditanya, apakah antara cabaran biasa dihadapi oleh pengucap umum?

Jawapannya: 

Seorang saintis biasanya dijemput berucap dalam bidang sains dan teknologi.
Seorang ahli ekonomi biasanya dijemput berucap dalam bidang kewangan dan perniagaan.
Seorang ahli politik biasanya dijemput berucap tentang isu-isu masyarakat dan negara.
Seorang selebriti hiburan biasanya dijemput berucap tentang perkembangan dunia hiburan.

Jadi, jika anda pernah dijemput untuk menyampaikan ucapan sesuatu tajuk, maka berbanggalah kerana undangan itu sendiri merupakan satu pengiktirafan kepada kemahiran anda dalam bidang tersebut. Logiknya, dengan pengetahuan dan kemahiran dimiliki, seharusnya tidak ada masaalah bagi anda menyampaikan ucapan...... betul??

Hmm.. tidak semestinya.


Tidak dinafikan, kefahaman dalam bidang yang hendak disampaikan adalah sangat mustahak, pelbagai fakta perlu diperiksa, perkembangan mutakhir perlu diperolehi kerana ianya mungkin telah mengubah fakta lama dan kepelbagaian pandangan juga harus diambil kira. 

Tetapi untuk menterjemahkan ilmu di fikiran itu ke dalam bentuk lisan dan menyampaikannya kepada orang lain, anda perlu memahami KAEDAH PENYAMPAIAN BERKESAN untuk memastikan objektif ucapan itu tercapai. Ini antara lain melibatkan kejelasan suara, intonasi, hubungan mata dengan pendengar, pergerakan badan dan tangan, memek muka, penggunaan ruang dan kaedah 'berhenti seketika'.


Dalam masa yang sama, PENAMPILAN DAN KESELESAAN juga memainkan peranan penting dalam penyampaian ucapan itu. Malah, bagi kebanyakkan pengucap umum, 'penampilan' sebenarnya adalah lebih lantang dari suara kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang itu; yang kemudiannya akan menyokong atau menidakkan kata-kata yang anda ucapkan. Penampilan lah yang akan 'berucap' terlebih dahulu sebelum sempat anda membunyikan perkataan pertama anda. Meminjam kata-kata inggeris "There is no second changes in creating first impression!" maksudnya - tidak ada peluang kedua untuk melakukan impresi pertama. Menjaga persiapan diri, cara berpakaian, cara pemakanan dan menepati waktu adalah antara aspek yang menjurus kepada penampilan dan keperibadan seseorang.



Dan akhirnya, anda juga perlu tahu teknik-teknik MENDEPANI GEMURUH DAN MENGGAPAI KEYAKINAN. Ini termasuklah membuat persediaan awal, meningkatkan keikhlasan ketika berucap, mengetahui teknik-teknik membetulkan kesilapan (recovery) dan membina kebolehan menggunakan usikan dan gimik dalam ucapan. Bagi kebanyakkan pengucap umum, gemuruh adalah musuh yang paling utama. Gemuruh akan menyebabkan ayat-ayat anda jadi tidak tersusun, fikiran anda jadi kusut, perut anda sakit, tangan anda menggeletar dan penglihatan anda kabur.

Itulah antara cabaran-cabaran yang sering dihadapi orang seseorang pengucap umum.

Tajuk-tajuk ini bakal dikongsikan oleh fasilitator ELIT dalam Program CakapDotCom Sesi ke-2. 
Jangan lepaskan peluang ini - Daftar sekarang!