Melihat pemimpin bercakap di sepanjang tempoh berkempen PRU 13 lalu, membuatkan saya berasa terpanggil untuk menulis isu berhubung keperluan komunikasi berkesan di kalangan pemimpin parti politik.
Majoriti mereka baangkali tidak pernah berguru secara formal, dilatih untuk bercakap secara berkesan kepada audien, yakni bakal pengundi.
Kemahiran mereka miliki lazimnya diceduk daripada pemimpin terdahulu. Sedangkan pemimpin sebelum mereka juga mungkin tidak pernah dilatih dalam bidang komunikasi.
Jom ubah!
Jika diperhatikan, kita boleh mengira menggunakan jari bilangan pemimpin Barisan Nasional berkemahiran bercakap di khalayak ramai. Tidak perlu saya menamakan mereka entri ini.
Namun itu tidak bererti pemimpin parti pembangkang terlalu hebat.
Pemimpin DAP, Lim Kit Siang bukan pemidato hebat. Penggunaan bahasa Melayunya masih banyak boleh diperbaiki. Susunan ayatnya sewaktu berceramah berterabur tetapi akibat kebencian disemaikan terhadap kerajaan selama ini, audien terdorong cuba memahami informasi disampaikannya.
Manakala saya akui, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kelebihan tersendiri dalam bidang komunikasi. Penampilan gaya bersahaja, mengukirkan senyuman sinis, pandai memainkan intonasi mempengaruhi emosi audien, bijak merendahkan diri setiap kali bercakap di hadapan masyarakat pelbagai bangsa dan agama, antara strategi disusun atur. Hakikatnya, Anwar telah lama mengasah bakatnya berceramah di pentas awam sewaktu terbabit dalam pelbagai demonstrasi jalanan.
Pada hemat saya, tidak rugi andai ahli UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan mula dilatih secara intensif untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi. Kemahiran cemerlang memberikan mereka peluang untuk menyampaikan maklumat secara LEBIH tepat dan padat kepada rakyat.
Latihan itu perlu dimulakan sekarang bukan beberapa minggu sebelum PRU 14 kelak.
CakapDotCom menawarkan kadar diskaun istimewa untuk melatih ahli UMNO di seluruh negara jika mereka sudi.
Jimat RM300 berbanding yuran asal.
Jimat RM300 berbanding yuran asal.
Lihat senarai tulang belakang, fasilitator ELIT kami di sini dan informasi mengenai bengkel telah kami jalankan, klik di sini.
Hubungi Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 dengan kadar segera untuk mendaftar.
Pengasas CakapDotCom
Mazidul Akmal Sidik
No comments:
Post a Comment