Sedar tidak sedar, saya telah bergiat di bidang penyiaran negara hampir 18 tahun. Ramai individu dan kumpulan telah saya temu bual dalam tempoh itu. Antara mereka pemimpin politik dan artis tempatan dan luar negara.
Seorang daripada artis terbabit, Tomok sewaktu dia muncul dalam program bual bicara pagi, Malaysia Hari Ini bersama kumpulan New Boys, lama dahulu.
"Tengoklah klip video itu. Malu eh?," usik saya.
Dia spontan menundukkan kepala, tersipu-sipu. Saya terlupa klip video lagu dipaparkan di skrin televisyen, cuma masih teringat visual van dan lagu itu rancak dimuatkan dalam album pertama mereka.
Saya yakin tatkala itu usia Tomok sama seperti sewaktu lagu di bawah dirakamkan. Apapun, sejarah itu tidak akan berulang.
Saya yakin tatkala itu usia Tomok sama seperti sewaktu lagu di bawah dirakamkan. Apapun, sejarah itu tidak akan berulang.
Kini Tomok sudah menjadi insan lebih ternama dan berkeluarga, Alhamdulillah.
Tomok masih terus menjadi penyanyi dan saya masih tidak berhenti melakukan kerja amat saya gemari, bercakap, turut dibantu oleh 2 rakan baik saya, Zakiah Anas dan Omar Abdullah.
Apapun, jika ingin mendapatkan khidmat kami samada untuk mengacarakan pelbagai majlis atau mengendalikan bengkel CakapDotCom, sila Whatsapp 019 244 5354 atau terus hubungi 013 63 666 73 (Azmil Abdul Aziz)
No comments:
Post a Comment