Thursday, June 13, 2013

PAKAIAN TIDAK SESUAI UNTUK MUNCUL DI TV

PETUA MENGHADIRI SIDANG MEDIA

KUASA MATA


TOMOK TIDAK LAGI PEMALU


Sedar tidak sedar, saya telah bergiat di bidang penyiaran negara hampir 18 tahun. Ramai individu  dan kumpulan  telah saya temu bual dalam tempoh itu. Antara mereka pemimpin politik dan  artis tempatan dan luar negara.

Seorang  daripada artis terbabit,  Tomok  sewaktu dia muncul dalam  program bual bicara  pagi, Malaysia Hari  Ini bersama kumpulan  New Boys, lama dahulu.

"Tengoklah klip video itu. Malu eh?,"  usik  saya.

Dia spontan menundukkan kepala, tersipu-sipu.  Saya  terlupa klip video lagu dipaparkan di skrin televisyen,  cuma   masih teringat  visual  van dan lagu  itu rancak dimuatkan dalam album pertama mereka.

Saya yakin  tatkala  itu usia  Tomok sama seperti sewaktu  lagu di bawah dirakamkan. Apapun,  sejarah itu tidak akan berulang. 



Kini Tomok  sudah menjadi  insan lebih  ternama  dan  berkeluarga,  Alhamdulillah.



Tomok masih terus  menjadi  penyanyi  dan saya  masih tidak berhenti melakukan kerja amat saya gemari,  bercakap,  turut dibantu oleh  2 rakan baik saya,  Zakiah Anas dan Omar Abdullah.



Apapun,  jika ingin  mendapatkan khidmat  kami  samada  untuk mengacarakan pelbagai majlis  atau mengendalikan bengkel CakapDotCom,   sila Whatsapp  019 244 5354  atau terus  hubungi 013 63 666 73 (Azmil Abdul Aziz)

Saturday, May 11, 2013

DISKAUN ISTIMEWA UNTUK AHLI UMNO DEMI MENCIPTA KEJAYAAN LEBIH CEMERLANG PADA PRU 14



Melihat pemimpin  bercakap di sepanjang tempoh  berkempen PRU 13 lalu,  membuatkan saya berasa terpanggil untuk menulis isu berhubung keperluan komunikasi berkesan  di kalangan  pemimpin  parti  politik.

Majoriti mereka baangkali tidak  pernah berguru secara formal, dilatih untuk bercakap secara berkesan kepada audien,  yakni bakal pengundi. 

Kemahiran mereka miliki lazimnya diceduk daripada pemimpin terdahulu. Sedangkan pemimpin  sebelum  mereka juga mungkin  tidak pernah  dilatih dalam bidang komunikasi.

Jom ubah!  

Jika diperhatikan, kita boleh mengira menggunakan   jari  bilangan  pemimpin Barisan Nasional berkemahiran bercakap di khalayak ramai.  Tidak perlu saya menamakan mereka entri ini. 


Namun itu  tidak bererti pemimpin parti pembangkang  terlalu  hebat.

Pemimpin DAP,  Lim Kit Siang  bukan pemidato hebat.  Penggunaan bahasa Melayunya masih banyak  boleh diperbaiki. Susunan   ayatnya  sewaktu  berceramah  berterabur tetapi akibat kebencian disemaikan terhadap kerajaan selama ini, audien  terdorong cuba memahami informasi disampaikannya.

Manakala saya akui,  Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai kelebihan  tersendiri dalam bidang komunikasi. Penampilan  gaya bersahaja,  mengukirkan senyuman sinis,  pandai memainkan intonasi mempengaruhi emosi audien, bijak merendahkan diri setiap kali  bercakap di hadapan masyarakat  pelbagai bangsa dan agama, antara  strategi disusun atur.  Hakikatnya,  Anwar telah lama mengasah bakatnya berceramah di pentas awam sewaktu terbabit  dalam pelbagai demonstrasi jalanan.

Pada hemat saya,  tidak rugi andai ahli UMNO di peringkat negeri, bahagian dan cawangan mula dilatih secara intensif untuk mempertingkatkan kemahiran komunikasi. Kemahiran cemerlang memberikan mereka peluang untuk menyampaikan maklumat secara LEBIH  tepat dan padat kepada rakyat.

Latihan  itu perlu  dimulakan sekarang  bukan beberapa minggu sebelum PRU 14 kelak.

CakapDotCom menawarkan kadar diskaun istimewa untuk melatih ahli UMNO di seluruh negara  jika mereka sudi.

Jimat  RM300 berbanding yuran asal.

Lihat senarai tulang belakang, fasilitator ELIT kami di sini dan  informasi mengenai bengkel telah kami  jalankan, klik di sini.

Hubungi Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom,  Azmil Abdul Aziz di talian 013 63 666 73 dengan kadar segera untuk mendaftar.


Pengasas CakapDotCom

Mazidul Akmal Sidik